Tuesday, May 31, 2016

Buka peluang pekerjaan - Sinarharian

EVONIK Industries AG (Evonik), salah sebuah syarikat kimia berpangkalan di Jerman, membuka pusat perkongsian perkhidmatan kewangan baharu di Petaling Jaya, Selangor.

Presiden Evonik untuk Rantau Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, Peter Meinshausen berkata, pusat perkongsian perkhidmatan kewangan itu mewujudkan lebih 90 peluang pekerjaan di Malaysia.

"Evonik bergiat aktif di negara ini sudah lama, namun dengan pembukaan pejabat baharu dapat mengukuhkan lagi kehadiran jenama kami.

"Kami berharap dapat membina lebih banyak kejayaan seperti mana yang diperoleh beberapa tahun terdahulu," katanya.

Beliau berkata, pusat itu menyediakan khidmat fungsian dalam bidang penyampaian perkhidmatan kewangan.

"Sebagai contoh, akaun belum bayar, lejar am akaun belum terima, perakaunan aset tetap dan perakaunan kos.

"Perkhidmatan ini diberikan kepada syarikat Evonik Group yang merangkumi 13 negara dan wilayah di rantau Asia-Pasifik," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangannya, Ute Wolf berkata, Malaysia dipilih kerana mempunyai persekitaran perniagaan kukuh, tenaga kerja berbakat dan keupayaan bertutur pelbagai bahasa.

Disebabkan faktor tersebut, Evonik memilih untuk menempatkan pusat perkongsian itu bagi meluaskan rangkaian global di negara ini.

No comments:

Post a Comment