Sunday, May 29, 2016

Neelofa terbit buku kisah hidup.. - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 30 Mei 2016 By ZAINI ZAA

Terbaru dia bakal menerbitkan sebuah buku berjudul The Chic Codes yang mengisahkan kehidupannya.

"Proses hasilkan buku ini dilakukan sejak tahun lalu dan sekarang ia telah pun berada dalam proses kemas kini.

"Insya-Allah, jika tidak ada aral melintang, buku itu akan dilancarkan sekitar Mei ini," katanya.

Inilah antara deretan kisah hidupnya yang sentiasa mendapat sokongan peminatnya ketika ini.

Terbaru Neelofa mendapat sokongan seramai 212,829 orang terhadapnya sekaligus dinobatkannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2015, baru-baru ini.

Kejayaan ini sekaligus menjadi kenangan manis buat Neelofa, 27, menyingkirkan saingan terdekatnya, bakat baharu yang sedang memuncak populariti, pelakon Mira Filzah.

Malah kemenangan Neelofa meruntuhkan dominasi artis lelaki yang mengungguli kategori itu selama lima tahun berturut-turut iaitu kali terakhir dikuasi pelakon Shahiezy Sam.

Bukan itu sahaja, ia mencatat rekod peribadi kerana anugerah ini buat kali terakhir dimenangi artis wanita pada ABPBH 2009 menerusi kejayaan Datuk Siti Nurhaliza. 

Dicungkil menerusi pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu,  melayakkan Neelofa membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia berserta trofi yang diterimanya daripada peminat pada acara kemuncak yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain trofi Bintang Paling Popular, Neelofa turut mengukuhkan posisinya dalam bidang pengacaraan apabila mengungguli kategori Pengacara TV Popular. 

Aktres filem Pilot Cafe bagaimanapun, terpaksa akur kepada populariti Fathia Latiff yang dinobatkan peminat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.

"Alhamdulillah. Terima kasih semua. Selain hadiah kereta dan trofi, Lofa juga dapat hadiah penat. Lofa kagum betul dengan pemenang-pemenang sebelum ini, especially yang menang secara berturut-turut. Macam mana korang jaga stamina ya? 

"Tapi Lofa happy sebab dapat berkongsi rasa gembira bersama peminat menerusi interviews. So sikit lagi nak habis hari ni. Wish me luck guys!

"First of all, I would like to take this opportunity to say thank you to all of you for the endless supports. 

"Tanpa kalian semua, lofa tidak akan berpeluang untuk menggenggam trofi ini. Terima kasih sebab sudi tick nama lofa dalam borang pencalonan. Lofa sangat-sangat hargainya. 

"Next year mesti lagi awesome! Lofa masih setia menggayakan busana daripada pereka, Fizi Woo.  I'm wearing this stupendous dress," kata pelakon ini dengan ceria. 

Selain bergelar pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui gembira dengan bidang perniagaannya di bawah labelnya sendiri yang kini semakin berkembang.

"Awal Januari lalu, saya telah buka butik sendiri untuk memasarkan produk-produk saya iaitu Naelofar Abaya (jubah), Lofalens (kanta lekap) dan Naelofar Hijab (tudung).

"Memang seronok menjalankan perniagaan ini lebih-lebih lagi saya menjalankannya bersama keluarga sendiri.

"Tapi saya juga perlu ingat, apa yang membawa saya sehingga ke tahap ini adalah disebabkan oleh bidang lakonan juga. Jadi saya perlu seimbangkan keduanya," katanya yang belum membuat sebarang perancangan untuk mempelbagaikan produk di bawah jenamanya.

Neelofa yang  begitu komited menguruskan perniagaan tudung jenama Naelofar sejak dua tahun lalu, kini tudung yang dihasilkan berjaya menjadi perhatian pembelinya sehingga tercetus fenomena luar biasa di kalangan wanita berhijab di negara ini.

Di atas kejayaan itu juga, pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai seorang jutawan muda.

"Kejayaan yang orang perkatakan itu adalah hasil titik peluh saya dan keluarga. Ia tidak akan berlaku sekiranya saya tampil berseorangan tanpa sokongan dan kerjasama keluarga terutamanya ibu dan ayah saya.

"Saya bersyukur kerana kepercayaan yang saya peroleh ini akhirnya membuahkan hasil.

"Saya mahu perniagaan ini berjalan dalam jangka masa yang lama dan bukannya sementara. 

"Jadi fokus saya lebih kepada bagaimana mahu kekal dan mengembangkan lagi perniagaan ini berbanding memikirkan apa yang diperkatakan orang lain kepada diri saya," katanya.

Bercerita mengenai pembabitannya sebagai hos AME 2016, Neelofa menjanjikan kelainan dan kesegaran dalam pengacaraannya nanti.

Menjelaskan mengenai khabar angin status jutawan itu, Neelofa tidak menafikan ia turut memberi kebaikan dan keburukan terhadap perniagaan yang dijalankannya.

"Dari segi perniagaan, sebenarnya lebih banyak peluang yang kita terima dan pada masa sama kita juga tidak ada sesuatu yang boleh disorokkan," katanya.

Bagaimanapun, Neelofa akui dirinya menganggap gelaran yang diberikan kepadanya sebagai satu doa orang ramai buat kejayaannya.

"Saya terima dan tidak kisah jika mereka menggelarkan saya seperti itu dan menganggapnya sebagai satu doa.

"Saya berharap ia tidak akan mengubah siapa diri saya kerana saya masih individu yang sama cuma mahu menjadi yang lebih baik daripada setiap sudut," katanya dengan panjang lebar.-30/5/2016 Oleh ZAINI ZAA

Attachments area

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

No comments:

Post a Comment