Wednesday, May 11, 2016

Suunto Ambit3 Vertical jam tangan aktiviti lasak - Kosmo!

Suunto Ambit3 Vertical jam tangan aktiviti lasak

Jam tangan tahan lasak Suunto Ambit3 Vertical Multisport GPS mampu memberikan pelbagai maklumat kepada pengguna terutamanya ketika melakukan aktiviti pendakian di altitud tinggi. – Gambar hiasan

SEJARAH jenama terkenal bagi jam tangan untuk aktiviti sukan lasak, Suunto telah bermula sejak 1936. Produk pertama jenama itu merupakan sebuah kompas.

Berasal dari Finland, Suunto berkembang dari semasa ke semasa dengan menggabungkan kepakaran dan teknologi dalam menghasilkan produk baharu.

Selepas lebih 50 tahun terlibat dalam pembuatan kompas untuk pelbagai kegunaan, Suunto mula mengeluarkan jam tangan lasak pertama mereka pada 1998 iaitu Suunto Vector.

Hasil inovasi yang berterusan, Suunto kemudiannya menghasilkan jam tangan pertama di dunia yang dilengkapi sistem kedudukan sejagat (GPS) menerusi Suunto X9 pada 2004.

Selepas mengecapi pelbagai kejayaan, Suunto kini semakin dikenali sebagai sebuah jenama jam tangan tahan lasak yang berada dalam kelas tersendiri.

Bagi meneruskan reputasi sebagai sebuah jenama premium, Suunto memperkenalkan jam tangan tahan lasak terbaharu dalam siri Ambit3 iaitu Ambit3 Vertical Multisport GPS baru-baru ini.

Di Malaysia, jam tangan Suunto dibawa masuk oleh A.D. Time Sdn. Bhd. (A.D. Time) yang dilantik menjadi mengedar rasmi jam tangan jenama itu.

Pengarah Jenama Bahagian Perniagaan A.D. Time, Billy Lim berkata, Ambit3 Vertical ditawarkan sebagai solusi kepada aktiviti sukan lasak khususnya perlumbaan seperti larian, berbasikal dan ski di altitud tinggi.

Pelbagai fungsi

Menurut Billy, jam tangan itu merangkumi kombinasi binaan menggunakan material ringan dengan pemasangan sistem tekanan barometer, profil ketinggian laluan, amaran getaran dan fungsi sukan pelbagai.

"Kesemua kombinasi itu sangat sesuai untuk aktiviti larian, berbasikal dan berenang dengan keupayaan jangka hayat bateri sehingga 100 jam.

"Seperti semua jam tangan dalam keluarga Ambit3, Ambit3 Vertical juga mampu mengesan kelajuan dan jarak yang telah dilalui. Penggunaannya boleh digabungkan bersama tali pinggang pengesan degupan jantung Suunto Smart Sensor," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Ambit3 Vertical, Billy memberitahu, bagi individu yang kerap melakukan latihan kecergasan, mereka boleh merancang aktiviti itu menggunakan aplikasi Suunto Movecount yang akan memberikan amaran getaran sebagai panduan.

Aplikasi yang boleh dimuat turut ke dalam telefon pintar itu boleh digunakan bagi merancang laluan pengembaraan kerana ia dilengkapi dengan peta topografi dan maklumat ketinggian sesebuah bukit atau gunung.

"Menerusi aplikasi itu, anda juga boleh membuat talaan peribadi terhadap jam tangan anda dan berkongsi pergerakan secara langsung dengan rakan tanpa mengganggu fungsi penerimaan panggilan telefon atau mesej menerusi jam Ambit3 Vertical.

"Ketika melakukan latihan di laluan berbukit pula, sistem Stryd Running Powermeter yang ada pada jam tangan itu akan memberikan maklumat yang berterusan dan konsisten termasuk tahap kesukaran laluan yang digunakan," katanya.

Menurut Billy, selain Ambit3 Vertical, jam tangan lain yang tersenarai dalam keluarga Ambit3 adalah Ambit3 Run, Ambit3 Sport dan Ambit3 Peak yang setiap satunya dibina dengan memfokuskan terhadap jenis aktiviti lasak yang berbeza.

Jelasnya lagi, ketahanan dan kelasakan jam tangan Suunto sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia dibina menggunakan material ringan bagi bahagian luar badan dan dipadankan dengan bingkai tahan karat yang berfungsi bagi melindungi kaca pemuka jam.

Sesuai dengan ciri-ciri lasak yang terdapat pada jam itu, Ambit3 Vertical juga mampu bertahan pada kedalaman air sehingga 100 meter.

Dihasilkan dengan empat warna menarik iaitu biru, hijau lemon, putih dan hitam, Ambit3 Vertical ditawarkan pada harga RM2,499 seunit dan boleh didapati di semua pengedar sah yang dilantik di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment