Sunday, May 8, 2016

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - Utusan Malaysia

SOKONGAN padu rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada Sabtu lalu diharap menjadi suntikan semangat kepada parti-parti komponen BN untuk mengembalikan keyakinan rakyat terutama di Semenanjung.

Awang berharap formula kejayaan Tan Sri Adenan Satem (Pa­sukan Adenan) itu akan menjadi panduan kepada kepemimpinan BN seluruhnya untuk meletakkan parti itu di landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Di samping jentera parti yang tersusun hasil gabungan negeri dan Pusat, kesepakatan memilih calon juga dilihat amat penting. Dalam hal ini Awang tertarik dengan penampilan 13 calon langsung BN dan hasilnya 11 daripada mereka berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Inilah kesepakatan unik yang turut menyumbang kepada kejayaan BN berbanding perbalahan rebutan kerusi oleh pakatan pembangkang yang hakikatnya tidak sepakat. DAP, PKR, PAN dan Pas gagal menunjukkan kesepakatan di peringkat awal sedangkan BN yang mempunyai empat parti komponen utama mampu bertolak ansur untuk mencipta kejayaan bersama.

Tahniah kepada rakyat Sarawak yang membuat pilihan terbaik dan memperakui keupayaan BN selama ini untuk terus me­mimpin kerajaan negeri Sarawak bagi tempoh lima tahun lagi.

Awang – Sepakat dan muafakat

No comments:

Post a Comment