Tuesday, May 10, 2016

Teruja tengok orang lain menang - Sinarharian

Teruja tengok orang lain menang

Mohd Rashid (kiri) bersama anaknya Mohd Firdaus.

SUNGAI RAMBAI - Berita serta gambar yang memaparkan pemenang-pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) menerima hadiah wang tunai mereka merupakan pendorong utama seorang peniaga pasar karat, di sini mengambil bahagian dalam peraduan berkenaan.

Walaupun sudah bertahun menjadi pembaca setia Sinar Harian, namun Mohd Rashid Ahmad, 53, hanya mula mengambil bahagian dalam peraduan berkenaan kira-kira lima bulan lalu.

Menurutnya, hati beliau tergerak untuk turut mengambil bahagian selepas sering membaca mengenai kejayaan pemenang-pemenang lain yang sering dipaparkan akhbar berkenaan.

"Masa itu baru tergerak untuk saya mengambil bahagian. Lebih-lebih lagi memandangkan saya mempunyai keperluan menggunakan duit ketika itu.

"Pada mulanya memang saya merasa agak kecewa kerana percubaan demi percubaan saya tidak berhasil. Bagaimanapun, saya teruskan juga dan akhirnya minggu lalu saya menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai kemenangan saya ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurut Mohd Rashid, sehingga kini, dia tidak pernah terlepas menghantar penyertaan setiap hari dan akan memastikan sebanyak dua penyertaan dihantar.

Malahan, katanya, setiap empat hari sekali, dia akan menghantar penyertaan itu menggunakan kiriman ekspres.

"Setakat ini saya lihat soalan dikemukakan cukup mudah sekali. Bagi saya adalah satu kerugian sekiranya dengan soalan sebegini mudah saya tidak mencuba nasib," katanya.

Mengenai hasil kemenangannya, Mohd Rashid berkata, ia akan digunakan untuk perniagaan barangan lamanya.

"Wang kemenangan itu akan saya gunakan sebagai modal untuk membeli lagi barangan-barangan lama untuk dijual semula," katanya.

No comments:

Post a Comment