Monday, June 20, 2016

FD Iskandar kekal Presiden REHDA - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Jun – Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor kekal sebagai Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi tempoh 2016 hingga 2018.

FD Iskandar

Menurut persatuan itu, pemilihan beliau dibuat semasa Persidangan Delegasi-de­legasi Tahunan (ADC) REHDA 2016 yang diadakan pada 18 Jun lalu bertempat di ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

Jelas REHDA lagi, persidangan itu dihadiri kira-kira 150 delegasi yang boleh mengundi dari negeri. Pelantikan juga dibuat bagi beberapa jawatan seperti exco, pengurusan dan perwakilan negeri yang turut membabitkan muka-muka baharu.

"REHDA mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Majlis Kebangsaan sesi 2014 hingga 2016 di atas sumbangan mereka termasuk ketika mengadakan dialog bersama pihak berkuasa dan kementerian.

"Persatuan ini akan terus berusaha untuk memperkasakan lagi industri pembangunan hartanah di bawah kepimpinan FD Iskandar," jelas persatuan itu dalam kenyataannya di sini hari ini.

REHDA ditubuhkan pada 1970 dan diiktiraf sebagai antara suara utama terhadap perkembangan dan pentadbiran industri hartanah dan perumahan di Malaysia.

Persatuan dianggotai oleh pemain-pemain industri hartanah dan sehingga hari ini ahli-ahli REHDA terlibat dalam membina empat juta buah rumah serta menyumbang sekitar RM20 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) Malaysia.

FD Iskandar ketika ini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Bhd., iaitu satu daripada syarikat pemaju hartanah utama tempatan.

Pada 9 Mac lalu, REHDA berharap Bank Negara Malaysia (BNM) melihat beberapa bentuk dasar pengembangan bagi pembiayaan perumahan terutama­nya bagi pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.

No comments:

Post a Comment