Sunday, June 5, 2016

Advertorial: AFFIN ISLAMIC terus lakar kejayaan - Harian Metro

Dekad ini menyaksikan pencapaian kemajuan sektor kewangan Islam yang pesat. Merujuk kepada laporan Pembangunan Sektor Kewangan 2015 keluaran Bank Negara Malaysia (BNM), sektor perbankan Islam mencatat pertumbuhan tinggi iaitu 16.4 peratus.

Pada tahun ini, industri kewangan Islam dijangka terus berkembang walaupun keadaan ekonomi negara tidak memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah berkongsi pandangan mengenai sumbangan dan inspirasi Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) dalam mencorak hala tuju memacu masa hadapan perkhidmatan kewangan Islam dan perkembangan sektor itu di Malaysia.

Affin Islamic baru menyambut penubuhan ke-10 tahun. Ceritakan sedikit mengenai sejarahnya.

Affin Islamic, anak syarikat milik penuh Affin Bank Berhad (Affin Bank) dan sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1993 apabila memulakan perniagaan sebagai Jabatan Perbankan Islam Affin Bank Berhad. Seiring dengan keperluan meningkat, Affin Islamic memulakan operasi sebagai subsidiari perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006. Sehingga sekarang, produk dan perkhidmatan perbankan Islam ditawarkan di 108 cawangan Affin Bank termasuk sembilan cawangan perbankan Islam, Affin Islamic di seluruh negara.

Pada usia 10 tahun penubuhannya, Affin Islamic melakar pelbagai kemajuan termasuk mempelbagaikan inovasi produk perbankan Islam, sumbangan dalam menjana ekonomi negara dan melaksanakan pembangunan kewangan produk yang mampu berdaya saing di arena kewangan global.

Menurut pandangan anda, apakah faktor penting memastikan kejayaan sektor perbankan Islam terus meningkat?

Secara umum, perbankan Islam di Malaysia menunjukan taraf penerimaan baik termasuk dalam kalangan mereka yang bukan Islam.

Perbankan Islam pada masa ini, walaupun berkembang pesat, tetapi masih kecil berbanding dengan potensinya yang sebenar. Pasaran industri perbankan Islam ini ke atas umat Islam masih belum diterokai sepenuhnya.

Untuk mengatasi masalah ini, institusi perbankan Islam perlu memainkan peranan berterusan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat. Antara inisiatif ini adalah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam domestik

Pada 17 Februari 2016, enam bank Islam termasuk Affin Islamic melancarkan Platform Akaun Pelaburan (Investment Account Platform atau IAP) yang membolehkan pelanggan runcit dan korporat meninjau, melabur dan memantau pelbagai rangkaian usaha niaga berlandaskan konsep Syariah yang dinilai oleh bank Islam berlainan.

IAP turut memperluaskan peluang pembiayaan kepada usahawan yang mempunyai projek berdaya maju untuk menjangkau jumlah pelabur lebih luas, di samping meningkatkan kecekapan kos dan operasi bank peserta dengan membolehkan mereka memanfaatkan platform dan perkhidmatan perkongsian.

Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (International Centre for Education in Islamic Finance atau INCEIF), antara institusi memainkan peranan penting dalam pendidikan untuk menyediakan tenaga mahir profesional kewangan Islam.

Apa pula sumbangan Affin Islamic bagi merancakkan sektor perbankan Islam dan ekonomi negara umumnya?

Kami sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelanggan dengan menawarkan produk inovatif antaranya Affin Home Invest-i iaitu pakej pembiayaan perumahan berkonsep Musyarakah Mutanaqisah atau Perkongsian Berkurangan dan Affin Islamic Charity Account-i.

Pembiayaan Affin Home Invest-i memberi pelbagai kelebihan seperti margin pembiayaan yang tinggi sehingga 95 peratus, diskaun 20 peratus untuk duti setem, takaful bertempoh gadai janji berkurangan (MRTT) iaitu perlindungan sepanjang tempoh pembinaan, tempoh pembiayaan yang panjang sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun dan kemudahan pengeluaran wang fleksibel jika anda memerlukan dana.

Berlandaskan kepada konsep Musharakah Mutanaqisah, pakej pembiayaan yang inovatif ini memberikan perlindungan sepanjang tempoh pembinaan mengikut prinsip perkongsian risiko. Ini bermakna, wang anda akan dipulangkan sekiranya projek pembinaan terbengkalai.

Kami juga turut menawarkan kemudahan pembiayaan premis perniagaan iaitu Affin Business Premises Invest-i. Dengan margin pembiayaan 90 peratus dan tempoh sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun, usahawan boleh memiliki premis perniagaan mereka dengan lebih fleksibel.

Affin Barakah Charity Account-i ialah produk inovatif berasaskan Syariah yang direka dengan ciri-ciri untuk memberi kemudahan kepada pelanggan, untuk membuat simpanan dan menderma pada masa sama mengikut kehendak dan kemampuan masing-masing.

Ia simpanan berkonsep Wadiah yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada penyimpan menderma sebahagian atau keseluruhan hibah (jika ada) yang diperoleh untuk tujuan kebajikan.

Kami akan mengenal pasti pertubuhan kebajikan sesuai untuk diberi sumbangan daripada akaun Affin Barakah Charity Account-i pelanggan. Jumlah sumbangan dipotong mengikut kemampuan penyimpan dan boleh dibuat secara terus menerusi akaun simpanan pelanggan pada setiap bulan. Penyimpan juga diberi kemudahan menukar jumlah yang didermakan pada bila-bila masa.

Bagaimana Affin Islamic menyumbang dalam memenuhi keperluan masyarakat menaikkan taraf kehidupan mereka terutama golongan yang kurang berkemampuan?

Affin Islamic antara bank Islam di Malaysia yang menguruskan dan mengagihkan dana zakatnya sendiri. Pengagihan ini dibuat mengikut kategori yang disyariatkan dan dimaktub dalam Al-Quran iaitu Asnaf dan ia mengikut polisi Affin Islamic yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa Syariah. Antara golongan yang menerima manfaat dana zakat ini terdiri daripada fakir miskin, gharimin, mualaf dan fisabilillah.

Sehingga kini, kami mengagihkan zakat RM26.171 juta. Manakala untuk tahun 2015, kami menyumbang RM5.5 juta untuk diagihkan kepada golongan yang layak. Pada tahun yang sama, kami juga sudah menyumbang RM1.5 juta kepada enam Pusat Pungutan Zakat Negeri sementara RM4 juta sudah disumbangkan kepada individu dan organisasi yang layak.

Kami juga sudah membina rumah melebihi RM20 juta dan lebih kurang 400 rumah telah didirikan atau dibaik pulih bagi membantu golongan yang memerlukan tempat perlindungan asas. Antara projek perumahan ini adalah kerjasama dengan NGO ABIM di Batu Pahat bernilai RM3.76 juta dan projek sendiri di Kuantan yang bernilai RM180 ribu.

Kami juga menyumbang RM6.2 juta untuk pembangunan pendidikan negara termasuk sumbangan zakat RM4.5 juta kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk membina kompleks AT-Tijarah Affin UiTM di kampus Puncak Alam.

Affin Islamic juga turut bekerjasama dengan The New Straits Times Press (NSTP) pada tahun ini, menerusi program Kotak Rezeki di bawah program Harian Metro Titipan Kasih dengan menyumbang RM144 ribu untuk diagihkan kepada golongan yang layak termasuk gelandangan, anak yatim, ibu tunggal, fakir dan miskin. Ini kerjasama kali kedua Affin Islamic dengan NSTP selepas kerjasama pada tahun 2012 menerusi program sama.

Apakah perancangan Affin Islamic untuk terus kekal relevan dalam sektor perbankan Islam?

Affin Islamic sedang melalui proses transformasi dalaman untuk menpersiapkan bank kami untuk terus kekal relevan. Matlamat utama ialah untuk menawarkan perkhidmatan yang berkesan, progresif dan relevan mengikut keadaan semasa, yang memberi sumbangan kepada sektor perbankan Islam Malaysia.

No comments:

Post a Comment