Monday, June 27, 2016

Sugarscarf tembusi pasaran global - Kosmo!

Sugarscarf tembusi pasaran global

NUR ATIQAH (empat dari kanan) meraikan kejayaan Sugarscarf di Metal Bees Production House, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

SEBUT sahaja jenama hijab versatil Sugarscarf, golongan wanita pasti mengenalinya.

Sugarscarf pada mulanya hanya menjalankan perniagaan melalui medium online tetapi kini sudah berkembang sehingga mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Pengarah Pengurusan Sugarscarf Antarabangsa, Nur Atiqah Sulaiman atau lebih mesra disapa Eyqa mula menjalankan perniagaan menjual tudung pada 2008.

Eyqa yang memulakan perniagaan itu bersama rakan kongsinya, Muhammad Zulkarnaen Mohd. Ali yang secara rasmi menjadi teman hidupnya pada tanggal 9 September 2011, bertekad untuk mengambil risiko membuka butik tanpa sebarang pinjaman daripada pihak bank.

Berbekalkan modal sendiri hasil keuntungan perniagaan online, akhirnya pasangan suami isteri itu membeli sebuah premis di alamat 12A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, sekaligus menjadi butik Sugarscarf yang pertama.

Setelah hampir 10 tahun melebarkan sayapnya, kini Eyqa boleh berbangga apabila jenama Sugarscarf telah menembusi pasaran global.

Pada tahun lalu, Sugarscarf telah mengadakan peragaan tudung di Britain secara eksklusif khusus untuk para pelanggan dan blogger antarabangsa.

"Sugarscarf sudah mula bertapak dalam pasaran tempatan secara kecil-kecilan sejak 2008. Perjalanan panjang yang saya dan kakitangan Sugarscarf tempuhi ini akhirnya berbaloi apabila tudung kami berjaya memasuki pasaran global.

"Peminat kami yang berada di Britain kini boleh mendapatkan koleksi Sugarscarf melalui laman web www.sugarscarf.co.uk.

"Pada September ini, corak koleksi istimewa bakal dipasarkan di sana. Nantikan," katanya yang berusia 31 tahun.

Nama Sugarscarf mula melonjak pada 2012 apabila gabungan tudung dalam (inner) dan selendang menjadi pilihan ramai pengguna. Ia kerana, tudung jenis itu memudahkan Mulismah, sekaligus memperindahkan gaya berhijab.

Koleksi

Corak yang ditampilkan juga sangat istimewa kerana hanya boleh diperoleh menerusi jenama Sugarscarf manakala rekaannya pula dihasilkan sendiri berdasarkan kajian dan kesukaan pelanggan.

"Kebanyakan corak diberi suntikan kontemporari supaya dapat digayakan semua tanpa mengira usia. Untuk musim ini, Sugarscarf memperkenalkan koleksi Madison Classic New Comeback, Madison Twilight, Swarovski x Sugarscarf dan Very Madison No. 2," ujarnya.

Berkat usaha itu, kini Eyqa mampu tersenyum apabila butik Sugarscarf sudah mempunyai enam cawangan bagi menampung permintaan pelanggan termasuk mereka yang mahu melihat barangan yang dijual secara online.

Kesemua koleksinya kini boleh didapati di semua cawangan Sugarscarf di seluruh Malaysia dan turut boleh diperoleh menerusi laman web www.sugarscarf.com.

No comments:

Post a Comment