Monday, October 21, 2013

Tips Usahawan Berjaya 2

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 31



Bisnes akan lebih berjaya apabila ada team yang boleh berkerjasama, saling memahami dan jauh dari sifat mementingkan diri sendiri. Tindakan syarikat itu selaras dengan misinya yang juga misi pemiliknya. Jika ramai orang penting dalam syarikat mula membuat misi sendiri maka bisnes akan mengalami kejatuhan. Perpecahan ini selalu berlaku seperti berpecahnya lembaga pengarah dengan menubuhkan syarikat-syarikat baru yang saling bersaing. Persaingan dengan menggunakan sumber dan medan yang sama akan memetakkan bisnes menjadi kotak kotak kecil.




Persaingan biasanya akan menjadikan syarikat bertambah maju tetapi persaingan dari team yang berpecah akan memundurkan bisnes bergantung kepada figure yang ada. Peranan figure sangat penting dan kebiasaanya kejayaan akan berpihak dari kepimpinan yang dihormati bukan yang mengusai kewangan. Disini pengalaman sangat penting, dimana orang yang memulakan perniagaan akan tahu bagaimana mengatasi permasalahan ini kerana memulakan bisnes pada awal lebih sukar daripada bisnes yang sedia ada. walaupun bisnes masih belum tentu masa hadapannya tetapi pengalaman yang ada pada pembisnes itulah gambaran masa hadapannya. Seorang pembisnes yang sebenar sangat kuat mentalnya mengatasi pelbagai masalah dan masalah ini tidak mampu ditanggung oleh orang biasa.



Jika bisnes tengah kencang, ramai sekali kawan yang datang tetapi bila bisnes gawat ramai sekali musuh yang datang. Saman menyaman mula berlaku, kalau boleh sampai syarikat jadi bankruptbaru puas hati. Apapun bila sudah nama orang bisnes semua ini tidak boleh elak kerana kadangkala apa yang kita rancang tidak sama dengan apa yang kita buat. Lebih-lebih lagi bagi syarikat yang tak kuat kewangannya. Orang bisnes tak minat masuk keluar mahkamah tetapi itu adalah syarat menjadi orang bisnes. Perjanjian perlu dibuat dengan cermat sebelum memulakan bisnes dan jangan malas untuk membuat perjanjian. Ambil khidmat lawyertentang  terma dan kos yang digunakan jika tidak makin besar bisnes makin besar peluang orang mengambil kesempatan.




Kita perlu berfikir positif pada semua orang tetapi hakikatnya dunia bisnes ada yang positif dan ada yang negatif mengikut tabiat azali seseorang itu ketika keluar dari perut ibunya. Jika dia tidak mendapat bimbingan mereka akan mencari cacat celanya bisnes untuk dihebahkan walaupun mereka mendapat kepentingan dari bisnes tersebut. Sepatutnya disedari tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan begitu juga bisnes.




Sewaktu membuat sesuatu keputusan, siapa pun hanya mengandaikan sahaja tetapi kadang kala bisnes tak jadi juga, sama seperti orang buat kertas kerja, semuanya untung, hakikatnya ada yang rugi terus menerus dan tak kurang juga yang untung berganda. Kita merancang Allah menentukan.


View the original article here

No comments:

Post a Comment