Ayam herba HPA selepas ini kita kenali sebagai AYAM SEMATANG (AS) . Inilah jenama yang kita akan gunakan bagi membezakan ayam kita dengan ayam-ayam yang lain. Selain dari tempoh penternakan antara 40 hingga 45 hari, AS juga tidak menggunakan bahan kimia seperti kebanyakan industri penternakan ayam konvensional. Ini menyebabkan kadar kematian AS begitu tinggi sehingga 10%.
AS tidak menggunakan hormon penggemok dan pengguna selalunya dapat membezakan ayam AS dengan ayam yang ada dipasaran. Kos penternakannya yang tinggi menyebabkan pihak kami terpaksa meletakan harga yang tinggi untuk survivalnya AS bagi masa hadapan.
Harga di pasaran: RM 16.00
Pembelian 10 ekor : RM 15.00
Pembelian atas 50 ekor : RM 14.00
Berikut adalah proses penyembelihan Ayam Sematang untuk pengetahuan para PJS :-
1. Ayam hidup sampai ke PPA Kodiang biasanya pada waktu malam.
2. Ayam dimandikan untuk mengurangkan kepanasan bagi mengurangkan kadar kematian.
3. Sembelih dan Proses untuk membuang bulu dan perut (Ayam Bulat).
4. Basuh Ayam Bulat.
5. Basuh Selepas dipotong dan sejat air sebelum dibungkus.
6. Pembungkusan.
7. Masukkan dalam 'Blastroom' - Selama 6 jam. Suhu antara -25°C hingga -35°C.
8. Simpan dalam 'Coldroom' - Suhu antara -15°C hingga -20°C.
9. Penghantaran ke Gudang menggunakan lori frozen - Suhu dalam lori perlu -5°C.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment