Ada orang bertanya kenapa harus ada produk SLM lagi dan kenapa tidak di MLM kan semuanya?
Menjawab persoalan itu suka saya nyatakan bahawa penentuan SLM atau MLM bergantung kepada margin keuntungan sesuatu produk dan kilang pengeluar produk tersebut. Jika margin keuntungan terlalu nipis sementara kos pengendaliannya yang tinggi, sudah tentu produk tersebut tidak boleh dijadikan produk MLM.
Apakah faktor yang diambil kira dalam kos pengendalian?
Apakah faktor yang diambil kira dalam kos pengendalian?
Kos pengendalian sangat bergantung kepada kecepatan jualan, kerosakan dalam simpanan, kehilangan kerana kecurian, keuntungan per unit, term yang diberikan oleh pembekal serta kemungkinan yang terjadi stok tidak laku. Hal-hal ini perlu dijangkau dahulu sebelum sesuatu produk dimajukan ke sistem MLM.
Dahulu kita telah mencuba bagi menjadikan MLM HPA seperti sebuah supermarket dengan cadangan 3000 produk. Namun begitu, kita melihat bahawa MLM hanya mampu hidup panjang dengan produk "exsclusive" yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi.
Saya beri contoh, pendapatan bonus masih tidak akan tinggi jika kita menjual air mineral sehari 100 botol, kenapa?
Sudah tentu kerana nilai mata (NM) nya yang rendah. Bagaimana kita boleh meninggikan NM sedangkan margin keuntungannya sedikit. Jika air mineral masih kekal dalam MLM, kita kekalkan kerana air mineral adalah pelengkap kepada pengambilan herba HPA sahaja.
Apa yang ingin saya katakan penjualan produk SLM akan membantu kita untuk mendapatkan produk lain di HPA walaupun tanpa nilai mata.
TAWARAN UNTUK PESERTA PROGRAM PINTAR HERBA 11 - mereka yang menghadiri program Pintar Herba ke 11 akan mendapat kupon pembelian produk SLM dengan potongan 10% . Kupon ini hanya sah sehingga 31/12/12 sahaja.
No comments:
Post a Comment