Tuesday, November 5, 2013

Tips Berbisnes

Hubungan dengan orang awam sangat penting dalam bisnes kerana bisnes adalah contact bukanya bersifat personal. Orang yang hidup bersendirian tidak boleh sukses dalam bisnes. Bagaimana kita deal dengan orang awam itulah kunci keberhasilan bisnes. Orang bisnes kena tebal telinga, tidak boleh cepat marah dan melenting tetapi kena kuasai meja perundingan kerana perundingan itulah bisnesnya menjadi besar dan berpengaruh.

Sekali sekala orang bisnes perlu turun ke bawah sampai kepada tukang kebun dan tukang sapu kerana mereka itulah yang menyimpan banyak rahsia tentang gelagat pegawai-pegawai harapan. Jika mahu tahu hal sebenarnya golongan inilah yang lebih jujur dari tulisan indah laporan mingguan pegawai. Pegawai ialah orang kepercayaan yang sentiasa menjaga bisnes dan nama perniagaan. Jika ada yang mengheboh-heboh berita buruk petanda ianya akan menjadi duri dalam daging jika tidak diselesaikan segera. Tawarkan kepadanya samada bercuti, berhenti dan jika memudaratkan dikeluarkankan notis berhenti. Selepas memberhentikan seorang pegawai maka jenuhlah syarikat menolak keburukan yang akan dilakukannya mengikut rasa marah pada syarikat itu.

Semua ada risiko, menyimpan pegawai yang engkar atau membuangnya. Percayalah membuang itu lebih selamat dari mempertahankan seseorang yang bekerja secara terpaksa kerana dia akan menjadi sebiji epal busuk dalam satu raga epal. Masalah kewangan adalah rahsia syarikat dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Pihak kewangan perlu jujur memelihara hal ini kerana implikasi adalah besar jika diketahui umum samada ketika kuat ataupun lemah.



View the original article here

No comments:

Post a Comment