Rahsia Kejayaan Bersama Hpa - Membongkar rahsia perubatan pilihan yang menampilkan barisan produk-produk herba terpilih lagi berkualiti tinggi.
Saturday, November 2, 2013
MEMO 18 : TRAINING FOR TRAINER (TFT)
Semua manusia perlukan latihan yang betul untuk berjaya. Latihan itu tidak cukup jika dilakukan tanpa modul yang baik. Pembentukan "will power" mestilah bermula dengan keyakinan dalaman hasil dari sebuah latihan. Kejayaan mendatangkan ribuan orang ke program bukan sebuah kejayaan dan keupayaan "convincing" tetapi boleh jadi arus sederhana yang kosong. Kita tidak mahu program seperti memberi padi pada ayam sebelah pagi, semua ayam datang dan habis padi semuanya lari. TFT ialah program membentuk pasukan "elite" yang tidak berganjak dari perjuangan. Mereka sanggup mengorbankan diri dengan menelan pil "sinida" dari jatuh ke pihak musuh. Bila usahawan mampu dididik sebegini mereka akan mampu membangunkan ekonomi dunia dengan keberanian dan menjadi asset negara dengan tidak mengira mereka berada dimana, siapa mereka dan dari mana asal mereka.
Inilah kejayaan latihan yang perlu dibangunkan oleh mana-mana dunia untuk membawa negara menjadi maju. TFT lebih mengemukan "art of dealing" dari pidato berapi-rapi, "approach" secara " personal touch" akan lebih berkesan jika keluhuran hati itu menjadi aspek utama. Manusia akhirnya akan mampu meraba segala ilmu yang diberikan, apakah cukup untuk sebuah perjalanan bisnes yang panjang atau menjadi kebalikan cerca yang tidak berkesudahan. Ada orang yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit, tiba-tiba menyesal kerana cita-cita tidak sampai. Corak bisnes yang tidak realistik akan menjadi "boomerang" walaupun seribu program baik dilakukan. Wujudnya proksi di dalam program PKLP, ESP dan lain-lain lagi tidak boleh disalahkan kepada modul dan motivator. Ini akan berakhir dengan sebuah kekecewaan dan kehampaan. TFT akan membina team baru dalam REAL BISNES bukan gimik semata- mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment