Tuesday, November 5, 2013

Tips Berbisnes

Hubungan dengan orang awam sangat penting dalam bisnes kerana bisnes adalah contact bukanya bersifat personal. Orang yang hidup bersendirian tidak boleh sukses dalam bisnes. Bagaimana kita deal dengan orang awam itulah kunci keberhasilan bisnes. Orang bisnes kena tebal telinga, tidak boleh cepat marah dan melenting tetapi kena kuasai meja perundingan kerana perundingan itulah bisnesnya menjadi besar dan berpengaruh.

Sekali sekala orang bisnes perlu turun ke bawah sampai kepada tukang kebun dan tukang sapu kerana mereka itulah yang menyimpan banyak rahsia tentang gelagat pegawai-pegawai harapan. Jika mahu tahu hal sebenarnya golongan inilah yang lebih jujur dari tulisan indah laporan mingguan pegawai. Pegawai ialah orang kepercayaan yang sentiasa menjaga bisnes dan nama perniagaan. Jika ada yang mengheboh-heboh berita buruk petanda ianya akan menjadi duri dalam daging jika tidak diselesaikan segera. Tawarkan kepadanya samada bercuti, berhenti dan jika memudaratkan dikeluarkankan notis berhenti. Selepas memberhentikan seorang pegawai maka jenuhlah syarikat menolak keburukan yang akan dilakukannya mengikut rasa marah pada syarikat itu.

Semua ada risiko, menyimpan pegawai yang engkar atau membuangnya. Percayalah membuang itu lebih selamat dari mempertahankan seseorang yang bekerja secara terpaksa kerana dia akan menjadi sebiji epal busuk dalam satu raga epal. Masalah kewangan adalah rahsia syarikat dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Pihak kewangan perlu jujur memelihara hal ini kerana implikasi adalah besar jika diketahui umum samada ketika kuat ataupun lemah.



View the original article here

Monday, November 4, 2013

HPA HQ KINI DI HPAIC

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 23



Sepertimana yang telah saya maklumkan bahawa Pentadbiran HPA akan berpusat di HPAIC di bawah pengendalian CEO yang bertugas. Maka surat menyurat perlu dihantar ke alamat tersebut. Cara yang paling efektif ialah menggunakan FAX atau EMAIL.



Sebagai sebuah syarikat MLM hubungan antara ahli dan syarikat mestilah hampir seperti jari ditangan. Semua keputusan syarikat perlu diambil secara positif tanpa wujud pandangan negatif walaupun dipenjuru hati yang jauh.



Salah satu cara merapatkan hubungan dengan menggunakan email namun sehingga ini sangat sedikit saya terima email dari ahli-ahli mahupun leader. Email rektor_kpj@yahoo.comterus aktif sebagai line komunikasi dalaman HPA sahaja. Pandangan yang baik akan tetap diterima dan tidak perlulah rasanya menanti sesuatu program untuk disuarakan.



Apabila HPAIC mengambil alih pentadbiran untuk memenuhi moto HPA tahun 2013, HPA ERA GLOBAL, maka komplek HPA Jejawi kini diubah menjadi pusat latihan yang di kenali sebagai Pusat Latihan Perubatan Jawi (PLPJ). PLPJ akan menyiapkan siri latihan intensif indoor dan outdoor bagi melahirkan usahawan herbalis yang terlatih pada tahun 2013. InsyaAllah.


View the original article here

Saturday, November 2, 2013

MEMO 18 : TRAINING FOR TRAINER (TFT)

Semua manusia perlukan latihan yang betul untuk berjaya. Latihan itu tidak cukup jika dilakukan tanpa modul yang baik. Pembentukan "will power" mestilah bermula dengan keyakinan dalaman hasil dari sebuah latihan. Kejayaan mendatangkan ribuan orang ke program bukan sebuah kejayaan dan keupayaan "convincing" tetapi boleh jadi arus sederhana yang kosong. Kita tidak mahu program seperti memberi padi pada ayam sebelah pagi, semua ayam datang dan habis padi semuanya lari. TFT ialah program membentuk pasukan "elite" yang tidak berganjak dari perjuangan. Mereka sanggup mengorbankan diri dengan menelan pil "sinida" dari jatuh ke pihak musuh. Bila usahawan mampu dididik sebegini mereka akan mampu membangunkan ekonomi dunia dengan keberanian dan menjadi asset negara dengan tidak mengira mereka berada dimana, siapa mereka dan dari mana asal mereka. 


Inilah kejayaan latihan yang perlu dibangunkan oleh mana-mana dunia untuk membawa negara menjadi maju. TFT lebih mengemukan "art of dealing" dari pidato berapi-rapi, "approach" secara " personal touch" akan lebih berkesan jika keluhuran hati itu menjadi aspek utama. Manusia akhirnya akan mampu meraba segala ilmu yang diberikan, apakah cukup untuk sebuah perjalanan bisnes yang panjang atau menjadi kebalikan cerca yang tidak berkesudahan. Ada orang yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit, tiba-tiba menyesal kerana cita-cita tidak sampai. Corak bisnes yang tidak realistik akan menjadi "boomerang" walaupun seribu program baik dilakukan. Wujudnya proksi di dalam program PKLP, ESP dan lain-lain lagi tidak boleh disalahkan kepada modul dan motivator. Ini akan berakhir dengan sebuah kekecewaan dan kehampaan. TFT akan membina team baru dalam REAL BISNES bukan gimik semata- mata.


View the original article here