Friday, September 6, 2013

Pekerti Herbalis.

Herbalis adalah juga menjadi para da'i yang bekerja di jalan Allah. Kesempurnaan akhlaq dan sifat sangat diperlukan kerana natijah yang dikejar ialah kesembuhan di dunia dan kesembuhan hakiki di akhirat. Oleh sebab itulah mari kita bersama-sama cuba menyelami dan mengutip seribu mutiara akhlaq yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Langkah ini akan berakhir kepada perubahan yang menyeluruh terhadap diri dan personaliti seorang herbalis.

Pemaaf.

Amat sukar juga kadangkala kita untuk mengucapkan perkataan maaf kepada orang yang telah menyakiti hati kita selama ini. Perasaan dendam masih terasa dilubuk hati dan kita akan selalu memikirkan bilakah Allah akan membinasakannya. Namun bagitu jika kita memilih jalan Rasul sudah tentu kita akan lebih banyak rasa ingin memaafkannya dari rasa hendak menghukum. Kita sentiasa menyerahkan kepada Allah bagi menahan runtunan marah dari cuba menghapuskannya dengan pelbagai cara. Inilah kemuliaan hati manusia jika ia mampu membuang sesuatu yang dia mahu.

Nabi SAW memberikan petunjuk bahawa terdapat dua amalan yang akan dikurniakan Allah dengan kemuliaan iaitu sedekah dan sifat pemaaf. Kedua-dua amalan ini tetap meleburkan perasaan diri sendiri kerana memikirkan hidup ini adalah kehidupan berjamaah bukan individu.

Maksud Hadis Nabi SAW

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah akan berkurang harta seseorang itu kerana bersedekah. Dan tidak pula Allah akan menambahkan kepada orang yang suka memaafkan kecuali kemuliaan. Dan tidak pula orang yang rendah hati kepada Allah kecuali Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

ii. Cepatlah meminta maaf pada orang yang kamu aniaya

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang telah berlaku zalim pada orang lain dengan merosak nama baik atau harta orang lain tersebut, maka cepatlah minta maaf kepada orang tersebut sebelum datang hari di mana mata wang tidak berlaku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.' (Sahih Bukhari)

iii. Kisah seorang pembunuh yang dimaafkan

"Dari Al-Qamah bin Wa'il bahawa ayahnya bercerita, 'Ketika aku duduk bersama Nabi SAW, tiba- tiba datang seorang lelaki datang dengan menyeret orang lain yang diikatnya dengan seutas tali. Lalu orang itu berkata,'Ya Rasulullah, orang ini telah membunuh saudaraku. Dan jika ia tidak mahu mengakuinya aku akan membawa buktinya' Rasulullah SAW bertanya, 'Benarkah engkau telah membunuh saudaranya? orang yang diseret itu berkata, ' Ya benar.' Rasulullah SAW bertanya lagi, 'bagaimana engkau membunuhnya?' ia berkata, 'ketika aku dan saudaranya sedang mengambil dedaunan pada suatu pohon untuk makanan ternakan kami, saudaranya memaki ku sehingga aku marah dan memukul kepalanya dengan kapak ku ini hingga terbunuh.' Nabi SAW bertanya kepadanya, 'Apakah kamu mempunyai sesuatu untuk menebus dirimu?' ia menjawab, 'aku tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali baju dan kapak ku ini. 'Nabi saw bersabda, 'tanyakan pada keluarga mu mungkin mereka mempunyai harta untuk
menebus mu.' ia berkata, 'aku lebih hina dari keluarga ku atas hal ini.' kemudian Nabi pun menyerahkan tali itu kepada lelaki yang saudaranya terbunuh seraya bersabda, 'ku serahkan ia pada mu (mahu dibunuh atau pun tidak).' lelaki itu pun membawanya pergi. Ketika lelaki itu pergi Nabi SAW bersabda 'jika ia membunuhnya, kedudukannya menjadi sama. 'tidak lama kemudian lelaki itu datang kembali seraya berkata, 'Ya Rasulullah, telah sampai padaku bahawa engkau telah berkata, jika aku membunuhnya maka kedudukanku sama dengan nya, padahal aku membawanya atas perintah engkau? 'Rasulullah SAW bersabda, 'mahukah engkau memaafkannya? Dan akan menjadi penebus dosa mu dan dosa saudara mu.' dia berkata, 'Ya Nabi Allah, tentu sahaja aku mahu.'Nabi SAW bersabda, 'jika demikian, lepaskanlah dan bebaskanlah ia.' maka orang itu membuang tali dan membebaskan orang tersebut.'
(Sahih Muslim)

View the original article here

No comments:

Post a Comment